Felcra komited selesai isu dividen peserta

KOTA SAMARAHAN: Felcra Berhad (Felcra) komited dalam usaha menyelesaikan isu kadar dividen para peserta khususnya yang melibatkan masyarakat kampung.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dalam tempoh dua tahun lepas harga kelapa sawit rendah dan masyarakat juga berhadapan dengan masalah Covid-19.

“Insya-Allah tahun ini dan akan datang apabila keadaan pandemik menjadi lebih baik, harga kelapa sawit juga berada pada tahap yang tinggi.

“Justeru, mungkin dividen yang diberikan lebih memuaskan untuk peserta-peserta Felcra,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Mesra Peserta bersama-sama Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid di Dewan Masyarakat Kampung Empila, di sini, hari ini.

Menjelas mengenai perancangan untuk memastikan tahap dividen kelapa sawit terus dipertingkatkan, tambah Mahdzir, beliau yakin dengan harga kelapa sawit yang tinggi dan pemotongan hutang peserta oleh Felcra yang rendah ia akan memberikan pulangan dalam bentuk dividen.

Suara Sarawak