Guru prasekolah di Sarawak akan diperkasakan

KUCHING: Kolej Universiti i-CATS akan memperkenalkan satu kursus untuk guru terlatih prasekolah dan perkara itu telah diusulkan kepada pihak i-CATS minggu lalu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dengan adanya guru terlatih di peringkat prasekolah, ia standing dengan negara-negara maju yang mempunyai guru-guru terlatih mengajar di peringkat pendidikan awal kanak-kanak.

“Sekurang-kurangnya universiti ini akan memberikan pengajian peringkat diploma dan ijazah kepada guru-guru yang mengajar di prasekolah.

“Dengan itu, gaji guru terlatih prasekolah sudah tentunya meningkat berbanding sekarang yang samar-samar dan tidak tersusun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sambutan Ulang Tahun Ke-10 Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak yang diraikan secara maya hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak