HSN beri peluang rakyat hargai kehidupan, perpaduan – Abang Jo

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Hari Sukan Negara (HSN) dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sarawak menghargai kehidupan serta perpaduan antara kaum terutama semasa negara masih lagi dalam pandemik COVID-19.

“HSN juga diharap dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat selain sukan juga adalah wadah penghubung yang baik untuk mencapai perpaduan antara kaum,” katanya dalam ucapan sempena sambutan HSN 2021 peringkat negeri Sarawak di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Abang Johari berkata menghargai kehidupan dan perpaduan antara kaum yang hanya boleh dikecapi dengan tubuh badan serta minda yang sihat.

Bagi sambutan HSN 2021 di Sarawak, pelbagai aktiviti dan program telah diadakan di semua bahagian dengan merangkumi semua jenis sukan dan kecergasan yang melibatkan pergerakan zikal termasuk pertandingan, pertunjukan, dan rekreasi.

Selain itu, program berbentuk pengetahuan seperti bengkel atau seminar pemakanan yang sihat serta program dalam talian kini giat diadakan dengan menggunakan teknologi terkini seperti penganjuran webinar kecergasan, kejohanan sukan E-sports dan cabaran ‘TikTok’.  — BERNAMA

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak