Inisiatif Peranti Siswa bantu selesai masalah ‘generasi hilang pembelajaran’

KUCHING: Inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia diharap dapat menyelesaikan masalah ‘generasi hilang pembelajaran’ golongan B40 di institusi pengajian tinggi, kata Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

Beliau berharap inisiatif tersebut dapat diperluaskan kepada pelajar-pelajar sekolah bagi membantu golongan tersebut mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekali gus mengurangkan beban ibu bapa.

“Dengan inisiatif ini, diharap agar akan menyelesaikan masalah ‘lost learning generation’ yang kini kian berterusan disebabkan kekurangan akses kepada peranti dan capaian internet,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, inisiatif yang bernilai sekitar RM450 juta ini pasti akan memberi manfaat kepada lebih 600,00 pelajar daripada keluarga B40 dengan menyelesaikan masalah kekurangan akses terhadap peranti bagi tujuan mengikuti PdPR.

Dalam pengumuman Bajet 2022, Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan RM450 juta disamping syarikat telekomunikasi turut menyumbang kira-kira RM65 juta untuk membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 IPT.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak