Isu tular: JPBN akan keluarkan kenyataan rasmi

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) akan mengeluarkan kenyataan secara rasmi berkaitan dengan sebarang perubahan mengenai SOP pandemik Covid-19 di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang perubahan dalam SOP pandemic Covid-19 daripada JPBN.

“Utusan polis yang viral adalah untuk persediaan sahaja dan bukannya pembubaran Sekatan Jalan Raya (SJR),” katanya ringkas ketika dihubungi oleh Suara Sarawak sebentar tadi.

Terdahulu, tular satu tangkap layar yang memberitahu pihak polis dan JPBN membuat keputusan untuk membubarkan SJR mulai esok.

Tangkap layar yang tular itu juga memberitahu yang permit polis tidak lagi diperlukan untuk melakukan rentas daerah.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak