James Masing dalam keadaan baik

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing kini dalam keadaan baik, kata anak saudaranya Nicholas Kudi Jantai.

Menurut Nicholas yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri, Masing kini dalam fasa pemulihan setelah dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Umum Sarawak sejak disahkan positif Covid-19 pada akhir September lalu.

“Sebagai keluarga terdekat, saya difahamkan Tan Sri dalam keadaan baik dan kini dalam fasa pemulihan.

“Ini memberi ruang kepada Tan Sri untuk pulih dan kembali bertugas seperti biasa,” katanya yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp, hari ini.

Kenyataan Nicholas itu sekaligus menjawab khabar angin yang mengatakan keadaan Masing kini semakin tenat dan koma di hospital.

Bagaimanapun, katanya buat masa ini, hanya isteri Masing sahaja yang dibenarkan oleh pihak hospital untuk mengetahui keadaannya

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak