James Masing pemimpin Iban yang disegani – Stephen Rundi

BINTULU: “Saya berasa amat sedih mendengar pemergian Tan Sri James Jemut Masing, seorang pemimpin Iban yang disegani,” kata Menteri Utiliti Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau menyifatkan pemergian presiden Parti Rakyat Sarawak itu sebagai satu kehilangan besar bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan masyarakat Dayak secara keseluruhannya.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan semoga roh mendiang bersemadi dengan tenang,” katanya.

Masing yang merupakan Timbalan Ketua Menteri disahkan meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi selepas disahkan positif Covid-19.

Suara Sarawak