Julaihi kecewa projek jalan raya lewat siap

SADONG JAYA: Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur Sarawak Datuk Julaihi Narawi melahirkan rasa kecewa atas kelewatan projek naik taraf jalan raya dari Kota Samarahan hingga Sadong Jaya (PA2) yang menelan belanja kira-kira RM14 juta.

Menurutnya, kelewatan ini mengecewakan kerana projek jalan raya ini amat dinanti-nantikan oleh penduduk di sepanjang jalan pesisir yang mempunyai frekuensi trafik agak tinggi.

“Jalan itu juga bakal menjadi nadi penghubung seluruh penduduk Sarawak ke jalan pesisir seperti menuju ke feri Batang Lupar, Pangkalan Feri Sebuyau dan Triso.

“Kita tidak mahu projek ini terus menjadi sebutan rakyat dan cemuhan kerana menanti projek yang dalam kategori ini,” katanya ketika melawat perkembangan projek itu, hari ini.

Tambah beliau, kelewatan pembaikan dan naik taraf jalan PA2 ini boleh dikira tenat.

“Saya difahamkan oleh konsultan bahawa pencapaian bagi PA2 sekarang adalah 2.2 peratus berbanding yang dijadualkan iaitu 41 peratus.

“Ini bermaksud ia lewat sebanyak 39 peratus,” katanya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak