Juruterbang mandi bunga

MENJADI tradisi Cawangan Udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut Perak apabila baru-baru ini dua juruterbangnya telah dimandikan dengan air bunga menandakan mereka berjaya menamatkan Kursus Peralihan Pesawat As 555 SN Fennec berkenaan.

Upacara mandi bunga air yang dicampur ais dan pelbagai bunga berkenaan turut disempurnakan oleh Panglima Udara TLDM Laksamana Pertama Ahmad Shahfirudin Abu Bakar.

Malah satu hantaran yang dihantar di laman Facebook “502 Squadron” mengenai kejayaan mereka turut mendapat perhatian dan tular dalam kalangan warga Mukah, Sarawak yang tidak putus-putus berkongsi dan merakamkan ucapan tahniah.

HAFIQZUL merakamkan foto bersama-sama ibu dan ayahnya setelah selesai ditauliahkan sebagai Pegawai TLDM.

Antara yang menarik perhatian ialah salah seorang juruterbang anak kelahiran Sarawak yang berasal dari Mukah iaitu Leftenan (Lt) Hafiqzul ‘Gotu’ Alex TLDM. Anak jati dari Kampung Tegak, Mukah yang berusia 28 tahun ini berkata, dia mendapat respons yang sangat positif daripada ramai pihak selepas hantaran Facebook berkenaan dikeluarkan.

Menurutnya, ada juga rakanrakannya yang tidak menyangka dan terkejut mendapati dia menjadi seorang juruterbang TLDM. “Bagi keluarga saya sendiri memang saya sudah terangkan lebih awal memang tradisi kami sebagai juruterbang akan dimandikan air bunga berkenaan.

“Sebenarnya kini saya menjadi Pembantu Juruterbang Pesawat Fennec Tentera Laut. “Saya juga akan meneruskan latihan melibatkan pesawat dengan kapal tentera laut serta tugasan lain yang berkaitan dengan pesawat,” katanya ketika kepada Suara Sarawak.

Lulusan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ini turut berkongsi, menjadi rezeki buatnya untuk meneruskan latihan sebagai pembantu juruterbang setelah dia telah ditauliahkan sebagai Pegawai TLDM pada 2016.

Ujarnya lagi dalam ambilan UPNM 2011 sebagai pegawai kadet, hanya 15 orang dari Sarawak daripada lebih 500 orang yang memasuki UPNM berjaya meneruskan latihan ketenteraan.

Sebelum ini, dia juga pernah berkhidmat di KAPAL DIRAJA (KD) MAHAMIRU sebagai Pegawai Awasan Anjungan di KD GEMPITA sebagai Pegawai Tadbir dan KD PERDANA sebagai Pegawai Peperangan Atas Permukaan sebelum memasuki dunia Penerbangan Tentera Laut.

Setelah itu, dia menyertai kursus asas penerbangaan helikopter 61/19 di Kolej Tentera Udara, Alor Setar, malah dalam latihan asas berkenaan daripada 15 orang yang turut serta, 14 orang yang lulus.

HAFIQZUL bersama-sama Taufiq dan Siva semasa menjalani latihan.

“Dalam menyertai latihan juruterbang ini perasaan semangat itu memang ada. “Tambahan saya dan seorang lagi rakan saya berasal dari Bintulu turut terpilih dan kini dia masih menjalani latihan di Kuantan Pahang.

“Selepas tamat latihan di Alor Setar saya dan seorang lagi rakan saya Lt Sivasutan “Gru” Thanjappan TLDM berjaya menamatkan kursus peralihan pesawat sehingga 12 Oktober yang lalu,” katanya yang telah menyertai penerbangan asas sejak 2019 sehingga awal 2021.

Dihubungi semasa berada di Pangkalan TLDM Lumut, Hafiqzul turut berkongsi bahawa pandemik Covid-19 memberi kesan kepadaselepas hantaran Facebook berkenaan dikeluarkan. Menurutnya, ada juga rakanrakannya yang tidak menyangka dan terkejut mendapati dia menjadi seorang juruterbang TLDM.

“Bagi keluarga saya sendiri memang saya sudah terangkan lebih awal memang tradisi kami sebagai juruterbang akan dimandikan air bunga berkenaan.

“Sebenarnya kini saya menjadi Pembantu Juruterbang Pesawat Fennec Tentera Laut. “Saya juga akan meneruskan latihan melibatkan pesawat dengan kapal tentera laut serta tugasan lain yang berkaitan dengan pesawat,” katanya ketika kepada Suara Sarawak.

Lulusan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ini turut berkongsi, menjadi rezeki buatnya untuk meneruskan latihan sebagai pembantu juruterbang setelah dia telah ditauliahkan sebagai Pegawai TLDM pada 2016.

HANTARAN di Facebook 502 Squadron tular dalam kalangan penduduk di Mukah, Sarawak.

Ujarnya lagi dalam ambilan UPNM 2011 sebagai pegawai kadet, hanya 15 orang dari Sarawak daripada lebih 500 orang yang memasuki UPNM berjaya meneruskan latihan ketenteraan.

Sebelum ini, dia juga pernah berkhidmat di KAPAL DIRAJA (KD) MAHAMIRU sebagai Pegawai Awasan Anjungan di KD GEMPITA sebagai Pegawai Tadbir dan KD PERDANA sebagai Pegawai Peperangan Atas Permukaan sebelum memasuki dunia Penerbangan Tentera Laut. Setelah itu, dia menyertai kursus asas penerbangaan helikopter 61/19 di Kolej Tentera Udara, Alor Setar, malah dalam latihan asas berkenaan daripada 15 orang yang turut serta, 14 orang yang lulus.

“Dalam menyertai latihan juruterbang ini perasaan semangat itu memang ada. “Tambahan saya dan seorang lagi rakan saya berasal dari Bintulu turut terpilih dan kini dia masih menjalani latihan di Kuantan Pahang.

“Selepas tamat latihan di Alor Setar saya dan seorang lagi rakan saya Lt Sivasutan “Gru” Thanjappan TLDM berjaya menamatkan kursus peralihan pesawat sehingga 12 Oktober yang lalu,” katanya yang telah menyertai penerbangan asas sejak 2019 sehingga awal 2021.

Dihubungi semasa berada di Pangkalan TLDM Lumut, Hafiqzul turut berkongsi bahawa pandemik Covid-19 memberi kesan kepada  sesi latihan mereka.

“Antaranya ada pelatih perlu diasingkan daripada pelatih lain sebelum meneruskan latihan penerbangan bagi mengelakkan penularan Covid-19. “Pergaulan juga terhad sesama pelatih sahaja. Selain itu, pejabat juga perlu sentiasa disanitasi dan wajib guna pelitup muka,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, katanya, tahun 2019 merupakan tahun terakhir dia pulang ke kampung halaman di Mukah. Pada masa sama, mereka tidak digalakkan untuk keluar dari pusat latihan bagi mengelakkan penularan Covid-19. “Selalunya saya membuat panggilan video bersama-sama ahli keluarga saya untuk melepas rindu.

“Jika ada sambutan hari jadi, saya akan kirimkan barang kepada ahli keluarga terutama ibu, ayah, adik beradik dan anak buah,” ujarnya.

Hafiqzul yang kini bersama dengan Skuadron 502 yang bernaung di bawah Cawangan Udara TLDM (CUT) turut berharap setelah tamat menjalani kursus berkenaan dia mencuba mempelajari ilmu penerbangan baharu dalam dunia pasukan udara tentera laut.

“Ini menjadi matlamat dan sumbangan saya kepada keluarga, Sarawak serta tanah air,” jelas anak sulung daripada lima beradik ini. Beliau turut menasihati kepada anak muda Sarawak yang ingin menjadi tentera laut suatu hari nanti untuk meneruskan nilai prinsip sikap positif dan bergerak mengikut hala tuju.

“Dunia tentera laut ini memang banyak dugaan dan cabaran tetapi jika kita sentiasa berfikiran positif, banyak sebenarnya peluang kerjaya kita dalam menyumbang kepada perkhidmatan dan negara.

“Sama juga dalam dunia penerbangan tentera laut, seseorang itu perlu sentiasa belajar ilmu baharu dan jangan mudah patah semangat,” tegasnya lagi. Hafiqzul turut menasihati semua keluarga dan rakan yang mengenalinya bahawa dia sentiasa mendoakan agar semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Paling penting ujarnya, amalkan norma baharu, dapatkan vaksin dengan harapan semua dapat hidup dalam norma baharu dan kembali seperti biasa. “Salam sayang dari perantauan, mungkin Krismas tahun ini saya akan pulang, kalau dapat cuti,” katanya lagi.sesi latihan mereka.

“Antaranya ada pelatih perlu diasingkan daripada pelatih lain sebelum meneruskan latihan penerbangan bagi mengelakkan penularan Covid-19. “Pergaulan juga terhad sesama pelatih sahaja. Selain itu, pejabat juga perlu sentiasa disanitasi dan wajib guna pelitup muka,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, katanya, tahun 2019 merupakan tahun terakhir dia pulang ke kampung halaman di Mukah. Pada masa sama, mereka tidak digalakkan untuk keluar dari pusat latihan bagi mengelakkan penularan Covid-19.

“Selalunya saya membuat panggilan video bersama-sama ahli keluarga saya untuk melepas rindu. “Jika ada sambutan hari jadi, saya akan kirimkan barang kepada ahli keluarga terutama ibu, ayah, adik beradik dan anak buah,” ujarnya.

Hafiqzul yang kini bersama dengan Skuadron 502 yang bernaung di bawah Cawangan Udara TLDM (CUT) turut berharap setelah tamat menjalani kursus berkenaan dia mencuba mempelajari ilmu penerbangan baharu dalam dunia pasukan udara tentera laut.

“Ini menjadi matlamat dan sumbangan saya kepada keluarga, Sarawak serta tanah air,” jelas anak sulung daripada lima beradik ini. Beliau turut menasihati kepada anak muda Sarawak yang ingin menjadi tentera laut suatu hari nanti untuk meneruskan nilai prinsip sikap positif dan bergerak mengikut hala tuju.

“Dunia tentera laut ini memang banyak dugaan dan cabaran tetapi jika kita sentiasa berfikiran positif, banyak sebenarnya peluang kerjaya kita dalam menyumbang kepada perkhidmatan dan negara. “Sama juga dalam dunia penerbangan tentera laut, seseorang itu perlu sentiasa belajar ilmu baharu dan jangan mudah patah semangat,” tegasnya lagi.

Hafiqzul turut menasihati semua keluarga dan rakan yang mengenalinya bahawa dia sentiasa mendoakan agar semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Paling penting ujarnya, amalkan norma baharu, dapatkan vaksin dengan harapan semua dapat hidup dalam norma baharu dan kembali seperti biasa.

“Salam sayang dari perantauan, mungkin Krismas tahun ini saya akan pulang, kalau dapat cuti,” katanya lagi.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak