Kehilangan besar buat PRS – Janang

KUCHING: Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dato Ir Janang Bungsu menyifatkan pemergian Tan Sri James Jemut Masing sebagai satu kehilangan besar dalam parti berkenaan.

Beliau berkata, selain menjadi Timbalan Ketua Menteri, mendiang juga seorang pemimpin parti yang ulung dan sangat disegani.

“Saya sempat ke Pusat Perubatan Normah sebelum mendiang disahkan meninggal dunia pada pukul 7.05 pagi tadi. Ini satu kehilangan besar bagi kami dalam PRS.”

“Semasa beliau masuk hospital hari itu, he was very strong (dia sangat kuat). Kita tidak jangkakan akan jadi macam ini,” katanya kepada Suara Sarawak.

Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia akibat komplikasi selepas disahkan positif Covid-19.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi di Pusat Perubatan Normaj Normah Sarawak Kuching.

Masing sebelum ini telah dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif Covid-19 pada 28 September lalu.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak