Kelindan lori maut motosikal terbabas

MUKAH: Kelindan lori maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas di Jalan Mukah Selangau, semalam.

Dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira jam 7.30 malam itu, lelaki berusia 30 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Suprintenden Muhamad Rizal Alias berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal seorang diri, dipercayai dalam perjalanan dari Selangau menghala ke Mukah.

“Bagaimanapun ketika tiba di suatu tempat di Jalan Mukah – Selangau, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

“Akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami cedera parah di rusuk sebelah kanan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Selangau,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.

Katanya punca sebenar kejadian juga masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Mukah Selangau, semalam.
Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak