Keluarga Malaysia, usaha untuk memajukan rakyat – Idris Ahmad

KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad turun padang memberi sumbangan kepada orang ramai yang kurang bernasib baik berlandaskan ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan Perdana Menteri.

Menurutnya, pertolongan harus diberikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira kaum, bangsa, etnik, agama dan lain-lain.

“Salah satu usaha dalam memastikan Keluarga Malaysia dapat dicapai adalah melalui program turun ke padang untuk memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Setakat ini, jumlah kos yang dikeluarkan untuk menyediakan bantuan mencecah hampir puluhan juta,” jelasnya pada sidang media selepas Program Musaadah Yadim 3.0 di Masjid Al-Ghazali semalam.

Menjelas lanjut berkaitan Keluarga Malaysia seperti yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, konsep tersebut mengajak orang ramai untuk mengetepikan segala perbezaan dalam kalangan masyarakat.

Jelas Idris, semua rakyat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat perlu bekerjasama untuk memulihkan semula negara dalam merealisasikan wawasan kemakmuran bersama 2030.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak