Kenaikan bonus RM700, penghargaan buat penjawat awam

KUCHING: Pemberian bantuan kewangan bagi penjawat awam yang dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merupakan penghargaan kerajaan terhadap peranan dan sumbangan penjawat awam.

Menurut Pengerusi Kesatuan Kongres Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Sarawak Omar Bahrein Unin, pihaknya menerima baik serta berterima kasih kenaikan bantuan tersebut yang sudah hampir 10 tahun menerima sebanyak RM500.

“Ini sekali gus memberi impak yang positif terhadap Keluarga Malaysia memandangkan negara ini masih dalam proses pemulihan ekonomi daripada pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, walaupun begitu pihaknya masih mengharapkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dengan berasaskan daripada 13 kepada 10 Tahun selain pelaksanaan Skim Saraan Baharu (SSM) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang telah hampir 19 tahun.

Suara Sarawak