Kontraktor mesti siap projek sekolah daif ikut jadual

SADONG JAYA: Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin mengingatkan kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan projek naik taraf dan pembinaan semula sekolah daif di Sarawak tepat pada waktu yang dijadualkan.

Menurutnya, perkara tersebut sekali gus dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya berhubung isu sekolah terlibat.

“Tempoh untuk menyiapkan projek ditetapkan selepas pihak kontraktor dilantik dan menerima Surat Setuju Terima (SST).

“Justeru, pihak kontraktor perlu menyiasat projek dalam tempoh 18 hingga 22 bulan,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke SK Pendam, di Sadong Jaya, hari ini.

Tambah Mohamad, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga menerima laporan tentang kelewatan projek di Sarawak

“ia lebih kepada masalah pandemik kerana ada kotraktor yang lambat menerima bekalan bahan mentah atau binaan ekoran pelakasanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak