Lelaki mengaku tidak bersalah rogol kekasih

KUCHING: Seorang lelaki berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Tertuduh membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan oleh seorang jurubahasa di hadapan Hakim Jason Juga.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Taman Indah Landeh, Kota Padawan, sekitar November 2020 hingga Januari 2021.

Oleh itu, dia didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Difahamkan, mereka merupakan pasangan kekasih dan mangsa telah melahirkan seorang bayi perempuan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh yang merupakan pesalah muda dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan RM2,000 didepositkan serta dua penjamin tempatan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes kepada 23 November depan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak