Liga SSC-FAS 2021: Saingan kembali bersambung

KUCHING: Liga Perbadanan Sukan Sarawak (SSC)-Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) 2021 yang terpaksa ditunda sebelum ini berikutan peningkatan kes pandemik Covid-19 akan disambung semula.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSC, Dr Ong Kong Swee memberitahu, pihaknya akan mengumumkan tarikh untuk memulakan liga berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Tarikhnya belum ditetapkan lagi tetapi besar kemungkinan ia akan dilangsungkan semula dalam bulan ini (Oktober),” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Dr Ong, pihaknya akan mengumumkan tarikh berkenaan sebaik sahaja selesai menetapkan garis panduan baharu berhubung penambahbaikan prosedur operasi standart (SOP) yang akan diguna pakai sepanjang liga itu kelak.

Liga SSC-FAS 2021 bermula penghujung Mac lalu. Menghimpunkan 11 pasukan dan dibahagi kepada tiga zon.

Zon Utara menyaksikan pasukan iaitu Miri, Bintulu, Sibu dan Mukah.

Selain tiga lagi pasukan untuk Zon Tengah iaitu Sri Aman, Sarikei dan Kapit.

Berbanding empat pasukan iaitu Sarawak United FC II (SU FC II), Kuching City FC II(KC FC II), Samarahan FA dan Serian FA.

Format pertandingan liga kumpulan secara timbal balik, dua pasukan terbaik layak ke pusingan kalah mati.

Suara Sarawak