LIGA SSC-FAS 2021: Serian FA tidak akan tarik diri

KUCHING: Meskipun bergelut mencari gelanggang untuk perlawanan menentang Sarawak United FC II (SU FC II) pada 6 November nanti, ia bukan gambaran awal buat Serian FA untuk menarik diri.

Sebaliknya, Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA) Phillip Jabu memberitahu, gelanggang perlawanan Serian FA dan SU FC II akan berlangsung di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

“Kita tidak akan menarik diri gara-gara bergelut untuk mencari gelanggang. Perlawanan antara Serian FA dan SU FC II akan dilangsungkan pada tarikh sedia ada (6 November),” ujar Phillip ketika mengulas mengenai perkara itu.

Skuad Serian FA yang diundi berada dalam Zon Selatan masih berusaha mencari kemenangan sulung.

Barisan kendalian jurulatih, Makri Lonchen ketika ini kekal ditangga tercorot tanpa sebarang mata selepas mengharungi tiga perlawanan.

Suara Sarawak