Masing tinggalkan banyak kemajuan, pembangunan luar bandar

KAPIT: Kehilangan bukan sahaja ditangisi ahli keluarga dan pemimpin Sarawak, namun ia juga diratapi penduduk di sini yang rata-rata berkongsi rasa duka.

Salah seorang penduduk Kapit Raymond Ako berkata, banyak jasa serta pembangunan yang dilaksanakan mendiang bukan sahaja di kawasannya malah ke kawasan lain seperti Song dan Kanowit atas kapasitinya sebagai menteri berkaitan selama berkhidmat di kabinet.

“Pembangunan ketara dibawa oleh mendiang ialah penghubungan akses jalan pedalaman ke laluan utama pekan dan bandar melalui jalan balak.

“Polisi pembangunan seperti ini sangat membantu masyarakat di pedalamanan terutama dari segi hiliran ekonomi yang sampai ke penduduk dalaman.

“Dari segi ideologi kepimpinannya, mendiang memberi semangat keberanian kepada anak muda tempatan untuk bersuara memberi maklum balas kepada pihak pemerintah,” kata beliau.

Raymond merakamkan penghargaan atas pengorbanan mendiang terhadap apa yang dilaksanakannya selama ini tidak kira di Kapit.

Menurutnya, apa yang pasti penduduk Kapit dan Song pasti akan merindui serta mengingati apa yang mendiang taburkan untuk rakyat.

“Lihatlah macam mana keadaan Kapit dan Song ketika ini. Kami sudah dihubungkan dengan jalan raya. Itu semua adalah antara usaha dan komitmen mendiang yang sentiasa mahu melihat Kapit dan Song dihubungkan dengan dunia luar. Nasib beliau sempat melihat usaha dan impiannya itu tercapai.

“Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya dan diharap roh mendiang tenang dan aman. Sama-sama kita doakan agar ahli keluarganya yang ditinggalkan mendiang diberikan kekuatan menerima dugaan yang besar ini,” ujarnya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak