Mayat penunggang motosikal ditemui di dalam parit

SERIAN: Seorang lelaki berusia 39 tahun ditemui meninggal dunia di dalam parit di Jalan Chung Hua, di sini hari.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, pihaknya menerima laporan dari orang awam kira-kira jam 3.30 petang mengenai penemuan mayat mangsa bersama sebuah motosikal.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati telah berlaku kemalangan kendiri di mana mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas yang bergerak dari arah Jalan Serian Bypass menuju ke Jalan Chung Hua.

“Mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serian untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dalam siasatan selanjutnya.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak