MDS proaktif jaga keselamatan kawasan di bawah jagaannya

SARIKEI: Majlis Daerah Sarikei (MDS) komited melindungi keselamatan kawasan di bawah pentadbirannya daripada ancaman Covid-19 melalui operasi sanitasi nyahcemar dan disinfeksi.

Pengerusi MDS, Kaunselor Wong Zee Yeng berkata, operasi terbaharu meliputi lapan kawasan strategik yang sering menjadi tumpuan awam.

Lokasi terbabit ialah Pasar Sentral, Jalan Sentral, Tandas Sentral Maket Sentral, Tamu Sentral, Jalan Sentral, Pusat Penjaja Sungai Nyelong, Tandas Awam Jalam Nyelong, Terminal Bas Nyelong Bypass, Tandas Awam Nyelong Bypass, Tandas Awam Taman Tasik

“Kita menjangka pertambahan jumlah pengunjung ke kawasan ini berikutan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan selepas negara memasuki Fasa Endemik.

“Ini merupakan sebahagian inisiatif kita untuk melindungi keselamatan peniaga dan pengunjung di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasar tamu Sentral merupakan salah satu kawasan tumpuan awam paling popular di Sarikei.

Beliau berkata, operasi juga bertujuan memelihara premis tersebut supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan mencegah sebarang risiko yang mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Katanya, aktiviti sanitasi dan disinfeksi itu dilakukan oleh pasukan nyahcemar Bahagian Kesihatan Awam MDS yang terdiri daripada tujuh orang kakitangan MDS.

Sehubungan itu, Zee Yang menasihati masyarakat Sarikei agar terus mematuhi saranan dan nasihat kesihatan daripada pihak berwajib.

“Kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan dalam Fasa Endemik bukan bermakna kita bebas sepenuhnya. Ini kerana kes penularan penyakit ini masih wujud.

Justeru, elakkan kawasan sesak, amalkan kekerapan membasuh tangan, sentiasa memakai pelitup muka dan pemakaian berganda amat digalakkan.

“Setiap individu harus sentiasa memastikan diri serta keluarga dalam keadaan selamat dan . pastikan tahap kesihatan diri sentiasa dipantau bagi memastikan penularan Covid-19 terus dikurangkan.

Operasi diteruskan dari semasa ke semasa.

 

Antara kakitangan MDS yang terlibat dalam operasi nyahcemar.
 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak