MyKendiri mudahkan operasi pusat jagaan berdaftar dengan kerajaan

KUCHING: Sistem Penilaian Kendiri Pengendali Pusat Jagaan (MyKendiri) merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk memudahkan dan membantu pusat jagaan diseluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, di Malaysia terdapat 1,000 pusat jagaan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Sebelum ini penilaian yang dibuat adalah secara manual kerana pusat jagaan ini perlu menghantar laporan-laporan tertentu kepada JKM.

“Maka dengan itu, kita ingin memudahkan dari segi pemantauan supaya mereka dapat mengikuti sekurang-kurangnya standard minimum yang telah tetapkan untuk pengoperasian pusat jagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media Pelancaran myKendiri di Pusat Autism Kuching (KAA) di sini, hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak