Padah cederakan adik guna pisau

KUCHING: Padah mencederakan dua orang adiknya menggunakan sebilah pisau, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dan sebatan atas dua pertuduhan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh Mohammad Azlan Shah Roslan mengaku bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan oleh seorang jurubahasa di hadapan Hakim Jason Juga.

Mengikut pertuduhan pertama, Jason Juga menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan satu sebatan ke atas tertuduh kerana sengaja mencederakan adiknya berusia 16 tahun menggunakan sebilah pisau sebagai senjata yang boleh menyebabkan kematian.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, tertuduh dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan satu sebatan kerana sengaja mencederakan seorang lagi adiknya yang berusia 26 tahun menggunakan sebilah pisau.

Tertuduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah pangsapuri di Batu 6, Jalan Penrissen di sini, sekitar jam 7.30 malam, 2 September lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana berkaitan.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak