Pantai Temasya Tanjung Batu boleh diangkat sebagai pelancongan gastronomi

BINTULU: Pantai Temasya Tanjung Batu di sini berpotensi menjadi destinasi pelancongan gastronomi yang unik dengan elemen warisan makanan pelbagai etnik.

Keyakinan tersebut disuarakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri selepas melihat sendiri keunikan serta keindahan kawasan itu.

Menurut beliau, di Sarawak termasuk Bintulu masih terdapat banyak kawasan yang belum dipelopori untuk dijadikan produk eko pelancongan baharu.

“Namun, disebabkan elemen promosi menyebabkan ia kurang dikenali masyarakat luar.

“Sebenarnya kita di seluruh Malaysia ini bukan sahaja di Sarawak, apa yang kekurangan adalah promosi,” katanya ketika ditemui media semasa lawatan santai ke Pantai Temasya Tanjung Batu, hari ini.

Justeru, jelasnya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya(MOTAC) menggalakkan individu yang terlibat dalam media sosial menjadi voluntourism bagi mempromosikan produk-produk tempatan yang terdapat di tempat masing-masing.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak