PD Bau lupus 49 senjata api, 1,794 butir peluru

KUCHING: Sejumlah 49 jenis senjata api termasuk 1,794 butir peluru jatuh hukum telah dilupuskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata beberapa kaedah telah digunakan untuk proses pelupusan senjata-senjata tersebut.

“Antara proses yang akan dilakukan adalah melalui kaedah potong, bakar dan tanam ke dalam tanah di kawasan IPD Bau,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya antara senjata yang dilupuskan ialah enam laras senapang patah yang memiliki nombor siri, senapang patah buatan sendiri (4 laras), senapang angin (34 laras), pistol angin (5 pucuk) termasuk 1,794 butir peluru.

Hadir sama menyaksikan pelupusan tersebut adalah Majistret Zubaidah Sharkawi, Asistan Superintenden Polis (ASP) Francis Boniface Barau dan Sub-Inspektor (SI) Niby Numin.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak