Penduduk rumah pangsa Jalan Arang dapat pancur air, lampu baharu

KUCHING: Penduduk di rumah pangsa Taman Flora Indah, Jalan Arang kini tidak lagi berhadapan masalah kebocoran air selepas digantikan dengan pancur air baharu jenis plastik.

Projek tersebut diselenggarakan sepenuhnya oleh pihak Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Program Penyelenggaraan Perumahan (PPP).

Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang memberitahu, ia menelan kos sejumlah RM444,172.68 untuk menggantikan semua pancur air yang terdapat pada 18 buah blok rumah pangsa di taman tersebut.

“Selain itu, terdapat juga projek lain yang dilaksanakan sebelum ini seperti pemasangan 144 unit lampu kalimantang pada setiap tingkat di blok tersebut dengan kos sekitar RM100,000.

“Seterusnya, tangki septik kawasan taman ini juga dibersihkan atas kerjasama Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dalam menjayakan projek ini,” katanya ketika lawatan projek baik pulih Taman Flora, di Kuching, hari ini

Khere Chiang turut meluahkan rasa bangga kerana rumah pangsa tersebut merupakan yang pertama di Sarawak mendapat penyelenggaraan sepenuhnya dari segi pemasangan lampu dan pancur baharu.

BAIK PULIH… Lo Khere Chiang menyaksi penyerahan surat baik pulih antara Jurutera Perbadanan Perumahan Sarawak, Hassan Azli Huspi dan Pengerusi KRT Taman Flora Indah, Batu Kawa, Ong Liang Boo dan turut Kontraktor Steven Lee ketika membuat projek baik pulih Taman Flora, di Kuching, hari ini.

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak