Pengedar dadah ditahan miliki 8.2kg Methamphetamine

MIRI: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menjalankan kegiatan pengedaran dadah, dengan memiliki kira-kira 8.2 kilogram Methamphetamine yang dianggarkan bernilai lebih RM314,000.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Pangkalan Lutong, di sini kira-kira jam 11.20 pagi semalam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Miri dan Jabatan Siasatan Jenayah  Narkotik IPK Sarawak.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati.

Suara Sarawak