Penjawat awam Sarawak terima sebulan setengah gaji

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan khabar gembira apabila penjawat awam Sarawak bakal menerima bantuan khas sebulan setengah gaji pokok.

Turut menikmati bantuan khas itu ialah penjawat awam agensi Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak dan mereka akan menerima RM500.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas mengenai kenyataan Belanjawan Negeri 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Beliau berkata, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat menghargai khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh penjawat awam ini.

“Penjawat awam ini termasuk petugas barisan hadapan telah berusaha menguruskan jentera kerajaan khususnya dalam suasana getir pandemik Covid-19 ini.

“Kepada mereka semua, saya mengucapkan terima kasih,” katanya.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak