Penunggang maut, motosikal terbabas di KM 16 Jalan KJD

JULAU: Seorang lelaki maut dalam apabila motosikal ditunggang terbabas di Kilometer 16 Jalan KJD, di sini hari ini.

Keadaan motosikal yang mengalami kerosakan dalam kemalangan.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan Andam Sulin Brayun berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, mangsa, 23 tahun sedang dalam perjalanan balik ke rumah panjangnya di Batu 14, Jalan KJD.

Katanya, motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas semasa sedang bergerak lurus di Kilometer 16, Jalan KJD.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Julau di tempat kejadian.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati keadaan jalan adalah lurus, berturap, gelap tanpa lampu jalan sementara kepada cuaca adalah baik dan pemukaan jalan adalah kering,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang awam yang ada menyaksikan kejadian diminta untuk berhubung dengan Asisten Supritendan Colony Kiai (019-7017990) atau tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau untuk memberi keterangan tentang kejadian tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak