PSB dan PH kembali kepada strategi lama apabila hampir pilihan raya

KUCHING: Parti-parti pembangkang di negeri ini kembali kepada strategi lama dengan menghasut belia dengan seperti yang dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun 2018.

Kelab Penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam kenyataan berkata, pendekatan pihak pembangkang dengan melemparkan pelbagai tohmahan jelas sangat terdesak terutama Pakatan Harapan (PH) yang ‘kering modal’ selepas kegagalan mentadbir Kerajaan Persekutuan.

“Sungguh mengecewakan melihat tindakan parti-parti pembangkang yang kembali kepada strategi lama apabila berasa bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir.

“Tindakan mereka jelas cuba mewujudkan persepsi bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak memberi peluang kepada para belia untuk melaksanakan hak demokrasi mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi membidas kenyataan PH dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) bahawa kerajaan negeri tergesa-gesa mengadakan PRN kerana mahu mengelak pelaksanaan Undi18.

Bagaimanapun, tegas kenyataan itu GPS sentiasa sensitif dan prihatin terhadap aspirasi belia dengan melaksanakan pelbagai dasar bagi memastikan golongan tersebut tidak ketinggalan dalam mendapatkan manfaat serta inisiatif kerajaan negeri.

“Dalam pada itu, kami ingin bertanya kepada PSB yang menegaskan mereka memperjuangkan belia, jadi apa yang telah PSB lakukan dan sumbangkan untuk golongan ini? soal kenyataan itu.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak