Rakan dan pemimpin yang tegas. – Len Talif

SARIKEI: “Saya kehilangan seorang rakan dan pemimpin yang tegas,” kata Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh mengulas mengenai kematian Tan Sri James Jemut Masing.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu disahkan meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi selepas disahkan positif Covid-19.

Len Talif yang mengakui sedih mendengar berita itu berkata, mendiang merupakan rakan beliau ketika menuntut ilmu di Australia suatu ketika dahulu.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.
Secara peribadi, saya sebagai seorang kawan beliau di Universiti Australia dahulu, sangat sedih selepas mendengar berita tersebut.

“Sementara dalam politik pula, kita kehilangan seorang pemimpin yang tegas,” ujarnya ringkas.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak