Rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran

SAMARAHAN: Sebuah rumah di Kampung Rangawan Ulu, Sadong Jaya, di sini musnah dalam kebakaran sekitar 7.48 pagi tadi.

Kejadian telah memusnah 80 peratus keseluruhan rumah dua tingkat berstruktur tidak kekal tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya telah mengerakkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya ke lokasi kejadian.

“Pasukan memadam kebakaran menggunakan sumber air terbuka dan berjaya di kawal pada jam 8.40 pagi. Seterusnya pasukan melakukan kerja overhaul untuk memastikan tiada sisa kebakaran.

“Lapan anggota dari BBP Samarahan turut berada di lokasi kejadian untuk memberikan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah kenyataan itu, Komander Operasi memaklumkan kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan.

“Jumlah keseluruhan ahli rumah tersebut adalah seramai lapan orang iaitu tiga lelaki dan lima perempuan,” katanya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.05 pagi.

Pasukan bomba melakukan pemadaman pada rumah tersebut. BBP Asajaya dibantu BBP Kota Samarahan memadam kebakaran di lokasi kejadian.

Suara Sarawak