Safiee berjaya memajukan Daro dalam tempoh lima tahun

DARO: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengagumi kepimpinan Adun Daro Safiee Ahmad kerana berjaya mengerak atur, menyusun dan membangunkan kawasan tersebut dengan baik.

Menurutnya, ia menerusi pelbagai pembangunan infrastruktur yang sedang dan telah dilaksanakan.

“Wakil rakyat seperti Safiee wajar untuk terus diangkat bagi menjaga kawasan di Daro kerana dalam tempoh sepenggal sahaja beliau berjaya membawa pelbagai pembangunan.

“Saya begitu teruja sekali datang ke sini kerana dapat lihat pembangunan yang telah berlaku di Daro begitu mendadak sekali.

“Kepada rakyat di Daro kekalkanlah dan jagalah wakil rakyat anda dengan baik,” katanya dalam satu sidang media selepas Program Ziarah Belia @Daro 2021 di Dewan Masyarakat Daro hari ini.

Dalam pada itu Karim turut mengakui pengalaman Safiee sebagai Pegawai Daerah banyak membantunya untuk mengenal pasti kekurangan yang perlu dibangunkan di Daro.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak