Sarawak catat 1,189 kes baharu, 20 kematian

KUCHING: Jangkitan Covid-19 di Sarawak mencatatkan penurunan hari ini dengan 1,189 kes baharu serta 20 kematian direkodkan sejak 15 Jun lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 1,174 kes atau 98.74 peratus merupakan kategori 1 dan 2, manakala 15 kes atau 1.26 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching merekodkan sebanyak 272 kes, diikuti Miri (205), Sibu (109), Sarikei (107), Limbang (89), Samarahan (75), Bintulu (47), Kanowit (31), Bau (31), Mukah (29), Sri Aman (27), Asajaya (26), Subis (20), Lawas (17), Serian (13), Meradong(13) dan Pakan (12).

“Selain itu, lapan kes di Betong dan Kapit, Beluru (6), Selangau(6), Lundu (5), Simunjan (5), Kabong (5), Julau (4), Lubok Antu (3), Sebauh (3), Pusa (2), Belaga (2), Tanjung Manis (2), Saratok (2),Telang Usan (2) dan masing-masing satu kes di Marudi, Matu dan Tatau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara, JPBN berkata kes kematian melibatkan sembilan kes di daerah Kuching, tujuh di Sibu, tiga di Kapit dan satu di Miri.

Dalam perkembangan sama, JPBN memberitahu terdapat satu kluster baharu diisytiharkan hari ini iaitu Kluster Terimah, Limbang yang dikesan melibatkan penduduk sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Manakala, tiga kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Sungai Ringin, Meradong; Kluster Jalan Bulan Sabit, Miri dan Kluster Jalan Batu Lintang, Kuching setelah tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari yang lepas,” katanya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak