Sarawak catat penurunan kes kepada 834 kes baharu hari ini

KUCHING: Jangkitan Covid-19 di Sarawak mencatatkan penurunan kes baharu dengan 834 kes serta 28 kematian sejak 30 September lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata sebanyak 821 kes atau 98.44 peratus adalah dalam kategori 1 dan 2, manakala 13 kes atau 1.56 peratus adalah dalam kategori 3,4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan sebanyak 215 kes, diikuti Miri (184), Sibu (143), Limbang (59), Bintulu (55), Lawas (39), Sri Aman (23), 19 kes masing-masing di Serian dan Subis, Mukah (12), Samarahan (11), Betong (10), Kapit (8), Dalat (6), Sarikei (5), Bau (5), Selangau (5), Marudi (3), Matu (3) dan Tatau (2).

“Selain itu, Lundu, Simunjan, Lubok Antu, Tanjung Manis, Kanowit, Asajaya, Telang Usan dan Julau masing-masing dengan satu kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara, JPBN berkata kes kematian melibatkan tujuh di daerah Kuching, enam di Miri, empat di Sarikei, tiga di Betong, Sri Aman dan Bintulu, manakala satu masing-masing di Serian dan Sibu.

Pada masa sama, dua kluster baharu diisytiharkan iaitu Kluster Putai 2, Bukit Mabong, Kapit, iaitu kluster tempat kerja dan kluster komuniti iaitu Kluster Air Awat-Awat, Lawas.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak