Sarawak kehilangan pemimpin yang banyak berjasa – Safiee Ahmad

SARIKEI: Rakyat Sarawak kehilangan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negeri ini, kata ADUN Daro, Safiee Ahmad.

Beliau berkata, pemergian Tan Sri James Jemut Masing meninggalkan impak besar khususnya dalam pembangunan Sarawak.

Malah katanya, Timbalan Ketua Menteri itu seorang tokoh pemimpin yang tegas dan sangat dihormati.

“Saya amat sedih selepas dimaklumkan tentang kematian mendiang.

“Takziah kepada seluruh keluarga beliau,” katanya kepada Suara Sarawak.

Sehubungan itu, Safiee yakin jasa mendiang akan sentiasa dikenang dan dirindui sebagai seorang pemimpin yang baik.

Masing dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif Covid 19 pada 28 September lalu, sebelum dipindah ke Pusat Perubatan Normah untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Suara Sarawak