Sarawak mahu jadi tuan rumah kejohanan dunia

KUCHING: Sarawak berhasrat menjadi tuan rumah penganjuran Kejohanan Bina Badan Dunia pada masa akan datang.

Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, keinginan untuk mengelola kejohanan berprestij itu sebagai memberi peluang kepada dua jaguh bina badan Sarawak, Buda Anchah dan Dr Malvern Abdullah beraksi di negeri kelahiran sendiri.

Ia juga peluang untuk mencipta sejarah dalam meraih gelaran tertinggi dalam kategori masing-masing sebelum mereka bersara daripada arena sukan berkenaan kelak.

“Memang sebelum ini kita pernah berbincang dengan Persatuan Bina Badan Sarawak dan Persatuan Bina Badan Malaysia mengenai perkara itu,” tegas Snowdan ketika mengulas mengenai perkara itu.

Beliau menyifatkan ia merupakan perancangan cukup bagus seandainya kejohanan itu dapat direalisasikan kelak.

Namun katanya, perlu mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dengan mengambil kira kejohanan terbabit berstatus dunia.

“Kita yakin Sarawak mampu mengendalikan kejohanan berprestij atau bertaraf dunia itu,” tambah Snowdan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak