Sebanyak 1,165 kes baharu Covid-19 di Sarawak hari ini

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan kes Covid-19 kembali kepada empat angka dengan 1,165 kes apabila 1,150 berada di kategori satu dan dua manakala baki 15 pada tahap tiga, empat dan lima.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan berkata, dengan angka itu, sebanyak 227,675 kes positif Covid-19 di Sarawak setakat ini.

“Sebanyak 257 kes Covid-19 dicatatkan di Kuching, Miri (211 kes), Sibu (128 kes), Bintulu (77 kes), Bau (63 kes), Subis (56 kes) dan Mukah (37 kes).

“Dalam pada itu, sebanyak 13 kematian direkodkan sejak dari 4 Oktober hingga 12 Oktober lalu,” katanya.

Tambah JPBN, sebanyak tiga kluster baharu dicatatkan yang melibatkan dua kluster komuniti dan satu kluster depo tahanan.

“Tiga kluster itu ialah kluster Menuang dan kluster Ensurai di Limbang serta kluster DTI Bekenu di Subis,” ujarnya.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak