Sebelas penghuni penempatan di Batu 31 Jalan Bintulu – Miri dipindahkan ke kawasan selamat selepas dilanda banjir kilat

BINTULU: Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Samalaju memindahkan sebelas penghuni dari sebuah penempatan di Batu 31 Jalan Bintulu – Miri ke kawasan selamat.

Ketua JBPM Zon 5 Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata tindakan dilakukan selepas kediaman kesemua mangsa itu terjejas banjir kilat.

Katanya, pasukan bomba mula bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima laporan kecemasan jam 5.17 pagi yang terletak sekitar 70 kilometer dari pusat bandar Bintulu.

Menurutnya, operasi memindahkan mangsa ke tempat selamat menggunakan bot BBP Samalaju.

“Kesemua mangsa diambil dan dibawa ke rumah saudara-mara dan keluarga masing-masing. katanya di sini hari ini.

“Kejadian menyebabkan sebelas mangsa daripada tiga buah keluarga termasuk sepuluh dewasa serta seorang remaja terperangkap dalam banjir kilat.,” ujarnya.

Suara Sarawak