Sembilan waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Majistret kepada sembilan individu gagal hadir ke mahkamah

PADAWAN: Mahkamah Majistret Kuching telah mengeluarkan sembilan waran tangkap terhadap sembilan individu kerana gagal hadir ke mahkamah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan, Lim Jaw Shyong berkata waran tangkap tersebut dikeluarkan kepada lima lelaki dan empat wanita yang gagal hadir ke mahkamah pada 30 September lalu.

“Empat lelaki dan empat wanita berusia antara 17 hingga 31, gagal hadir ke mahkamah untuk dituduh terlibat dalam aktiviti judi dalam talian.

“Sementara seorang lagi lelaki berusia 53 tahun gagal hadir ke mahkamah untuk dituduh dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak