Seorang lelaki ditemui mati di Pantai Jebungan Mukah

MUKAH: Seorang lelaki berusia 31 tahun ditemui mati di Pantai Jebungan Mukah pada jam 5.50 petang pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias lelaki berkenaan ditemui oleh seorang pelajar bersama adiknya sewaktu mereka berehat di Pantai Jebungan Mukah.

“Setelah itu, apabila diperiksa lelaki berkenaan tidak bergerak dan pelajar tersebut segera meminta pertolongan saudaranya untuk menghubungi pihak polis.

“Hasil siasatan awal Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mukah di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah berlaku,” katanya dalam satu kenyataan semalam

Katanya mayat telah dibawa ke Hospital Mukah dan disimpan di Rumah Mayat Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan telah berkahwin, mempunyai seorang isteri dan dan seorang anak perempuan berusia enam tahun.

Percakapan saksi juga dirakam oleh pihak polis dan bedah siasat juga akan dijalankan di Hospital Mukah.

Kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR) dan kes masih dalam siasatan.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak