Skuad tenpin boling kembali berlatih hadapi Sukan Para Sukma

KUCHING: Pemain skuad tenpin boling Para Sukma kini kembali ke gelanggang untuk menyambung sesi latihan sebagai persiapan menghadapi Sukan Para Sukma.

Ketua Jurulatih, Myron Khoo Hock Ming memberitahu, anak-anak buahnya begitu teruja apabila dapat berlatih seperti biasa selepas berehat panjang berikutan pandemik Covid-19.

“Pemain sudah melaksana tugas mereka seperti biasa seminggu lepas. Dan fokus saya cuba membina kembali tahap kecergasan mereka,” ujar Myron kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Myron, pihaknya berharap tiada masalah lain selepas ini yang boleh menganggu persiapan anak-anak buahnya.

“Kita berharap latihan akan berjalan seperti biasa sehingga ke hari pertandingan kelak,” tambah beliau.

Sambil turut mengakui tempoh masa yang ada akan dipergunakan untuk mengadakan perlawanan sesama sendiri bagi menilai kemampuan semasa pemain.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak