Sri Aman rampas kedudukan teratas Liga SSC-FAS 2021

KUCHING: Skuad serba lengkap, Sri Aman FA kembali berada tangga teratas Zon Tengah saingan Liga Bola Sepak Perbadanan Sukan Sarawak (SSC)-Persatuan Bola Sarawak (FAS) 2021.

Ia hasil kemenangan selesa (3-1) dicatat keatas Sibu FA pada perlawanan yang berlangsung di Padang Jalan Lada, Sibu petang tadi.

Sekali gus, mengekal rekod tanpa kalah sang merpati putih selepas mengharungi tiga perlawanan setakat ini.

“Kemenangan yang amat bermakna bagi kami, yang paling penting tiga mata mutlak,” ujar Pengurus Pasukan Sri Aman FA, Awang Putrayusrie Awang Redzuan ketika mengulas persembahan pemainnya.

Tegasnya, pemain beraksi dengan begitu baik sekali walaupun diberi tentangan hebat pemain tuan rumah.

Sri Aman FA pada perlawanan keempat akan menentang Kapit FA di Kompleks Sukan Song pada 6 November nanti.

Suara Sarawak