SU FC mohon suku akhir Piala Malaysia 2021 dilangsungkan di Kuching

KUCHING: Pengerusi Sarawak United FC (SU FC) Datuk Posa Majais memberitahu, pihaknya sudah mengemukakan permohonan untuk memindah perlawanan membabitkan pasukan terbabit kembali ke Kuching.

Menurut beliau, sehingga kini masih menunggu keputusan berhubung perkara tersebut dan mungkin dapat diketahui dalam sedikit masa lagi.

“Memang hasrat kita mahukan aksi peringkat suku akhir kempen Piala Malaysia 2021dapat dilangsungkan di Kuching,” katanya kepada Suara Sarawak.

Sambil berharap SU FC dapat menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik untuk perebutan piala berprestij itu.

Sekurang-kurangnya ia dapat memberi peluang kepada peminat setia skuad SU FC di seluruh pelosok negeri menyaksikan perlawanan dilaman sendiri.

Skuad SU FC kini gah menghuni tangga teratas Kumpulan A, menggumpul 6 mata selepas cemerlang mencatat kemenangan pada dua perlawanan dilalui setakat ini.

Menurut Posa, pasukannya memerlukan dua kemenangan untuk sah layak ke suku akhir.

Dalam perkembangan sama, Penolong Pengurus SU FC Abang Fomay Abang Sa’adeli memberitahu, pasukannya akan mengharungi aksi persahabatan menentang Selangor FC pada 23 Oktober ini.

Menurut Abang Fomay, perlawanan tersebut disifatkan sebagai medan meningkatkan tahap kecergasan para pemain sebelum kembali menyambung aksi kempen Piala Malaysia 2021.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak