Sukma 2022: Tarikh, acara sukan belum dimuktamadkan

KUCHING: Tarikh rasmi temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur belum diputuskan, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Dr Ong Kong Swee.

Menurutnya, ia termasuk senarai acara sukan yang akan dipertandingkan dan segalanya hanya akan diketahui apabila keputusan dicapai menerusi mesyuarat bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dalam tempoh terdekat.

“Yang pasti 16 jenis acara sukan teras iaitu akuatik-terjun/renang (lelaki & wanita), badminton (lelaki & wanita), berbasikal (lelaki & wanita, bola sepak, gimnastik (lelaki & wanita)-gimrama (wanita), hoki (lelaki & wanita), karate (lelaki & wanita) dan boling padang (lelaki & wanita) kekal dipertandingkan.

“Begitu juga dengan memanah (lelaki & wanita), menembak (lelaki & wanita), olahraga (lelaki & wanita), pencak silat (lelaki & wanita), pelayaran (lelaki & wanita), skuasy (lelaki & wanita), tenpin boling (lelaki & wanita) dan wushu (lelaki & wanita) kekal dipertandingkan,” ujar Dr Ong kepada Arena Suara Sarawak.

Bagaimanapun, menurutnya 15 lagi acara sukan pilihan yang belum diketahui nasibnya dan berharap semua sukan tersebut akan turut dipertandingkan sama,” tambah Dr Ong yang turut menyatakan temasya dwitahunan negara itu akan berlangsung sekitar bulan Jun hingga Julai 2022.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak