Sukma tahun depan berlangsung di Kuala Lumpur

KUCHING: Temasya Sukan Malaysia (Sukma) yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di Johor Bahru pada tahun depan, bakal ditukar ke gelanggang baharu.

Dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi tuan rumah yang baharu.

Ia berikutan tuan rumah sebelumnya (Johor Bahru) menolak untuk terus menjadi penganjur gelanggang kejohanan dwitahunan negara itu dan hanya mahu menjadi medan pertembungan atlet seluruh negara itu pada tahun 2024.

Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan memberitahu, pihaknya memang sudah dimaklumkan berhubung perkara itu.

“Kita akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi Jawatankuasa Sukma di ibu negara pada 21 Oktober ini.

“Keputusan muktamad mengenainya akan dapat diketahui selepas mesyuarat itu nanti,” ujar beliau ketika mengulas mengenai perkara itu.

Menurut Snowdan, tiada masalah dipihaknya sekiranya berlaku perubahan gelanggang, malahan kontinjen Sarawak seperti biasa akan menyediakan pasukan terbaik untuk menghadapi kejohanan itu


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak