Teroka perikanan laut dalam

SEBUYAU: Nelayan tempatan digalakkan meneroka zon perikanan laut dalam, memandangkan perairan negeri ini masih mempunyai banyak ikan.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi berkata pada masa ini, bilangan nelayan tempatan yang menangkap ikan di laut dalam masih berkurangan.

“Sumber perikanan kita banyak yang boleh diterokai oleh nelayan tempatan pada masa akan datang, cuma kita kurang dari segi nelayan yang meneroka zon laut dalam.

“Mungkin kerana itu, nelayan dari kawasan luar datang menceroboh di kawasan kita kerana mereka tahu di kawasan perairan kita banyak ikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Bantuan Peralatan ke arah Pertanian Organik di Bawah Dana Jaminan Makanan (DJM) 2021 di myKomuniti Perikanan (myKP) Tebelu, Kampung Hilir Tebelu, di sini, hari ini.

Manakala, Pengarah Perikanan Laut Sarawak Bohari Leng berjata potensi perikanan laut dalam Sarawak melebihi 30 batu nautika dari pantai dan dikategorikan sebagai Kod C2 manakala saiz bot  yang dikategorikan sebagai perikanan laut dalam adalah melebihi  70 GRT.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak