Sekolah antarabangsa milik Sarawak di Petra Jaya beroperasi 1 Mac tahun depan

SERIAN: Salah sebuah sekolah antarabangsa milik Kerajaan Sarawak  bakal memulakan operasi pada 1 Mac tahun hadapan.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi (MESTR) Datuk Amar Michael Manyin Jawong berkata, sekolah yang dimaksudkan itu terletak di premis lama Sekolah Antarabangsa Tunku Putra di Petra Jaya.

“Ia dapat beroperasi dengan secepat mungkin kerana kita tidak perlu membina bangunan baharu, hanya membeli dan mengambil alih premis tersebut sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kolokium Kepimpinan Pendidikan 2.0 Pejabat Pendidikan Daerah Serian di Hotel Roxy, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya Kerajaan Sarawak telah merancang untuk mewujudkan lima buah sekolah antarabangsa swasta dan akan dkendalikan oleh Yayasan Sarawak.

Tambahnya, sekolah antarabangsa di Batu 12, Jalan Kuching-Serian masih dalam fasa pembinaan.

“Sekolah antarabangsa ini juga turut dibina di Sibu, Bintulu dan Miri. Setiap sekolah itu akan menempatkan 500 pelajar dan menawarkan sukatan pelajaran Cambridge serta Sijil Am Pendidikan Menengah Antarabangsa (IGCSE),” ujarnya.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak