Liga SSC-FAS 2021: Kuching FC II berpesta gol

KOTA SAMARAHAN: Skuad serba mantap, Kuching City FC II (KC FC II) tidak berdepan masalah meraih tiga mata penuh selepas mencatat kemenangan besar (5-1) ke atas Samarahan FA di Stadium Unimas, Kota Samarahan petang tadi.

Ia kemenangan keempat buat The City Boys Junior setakat ini, sekali gus meletakkan kedudukan selesa ditangga teratas Kumpulan Zon Selatan Liga Bola Sepak SSC-FAS 2021.

Sentuhan penyudah hebat Mohd. Hazizi Harsi antara yang mencuri tumpuan apabila meledak dua gol pada minit ke-5 dan ke-11.

Sambil itu, Mohd. Badrul Hisam Hussien dan Zulikhsan Salleh masing-masing menyumbang satu gol minit ke-10 dan ke-80.

Satu lagi gol hasil jaringan sendiri ketua pasukan Samarahan FA, Muhammad Zulhafiz Jaimin pada minit ke-26.

Gol tunggal Samarahan FA dijaringkan oleh Zulfika Rosli minit ke-86.

Pengurus Pasukan Awang Azemi Awang Ideris ketika mengulas berkata, kemenangan tersebut mengukuhkan kedudukan KC FC II di tangga teratas.

“Tiga mata yang cukup berharga bagi kami dengan kemenangan ini,” katanya.

Sementara itu, satu lagi perlawanan membabitkan Kumpulan Zon Selatan turut berlangsung membabitkan Sarawak United FC II (SU FC II) menang tipis (2-1) ke atas Serian FA di Padang D, Petra Jaya.

Dalam pada itu, dua perlawanan membabitkan Kumpulan Zon Tengah.

Pasukan Sarikei FA menentang Sibu FA di Kompleks Sukan Intergrasi Kampung Baru seberang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Selain, pertemuan antara Kapit FA dan Sri Aman FA di Kompleks Sukan Song. Kedua-dua perlawanan terbabit yang berkesudahan seri (1-1).

Satu lagi perlawanan turut berlangsung semalam iaitu antara Miri FA dan Bintulu FA di Stadium Mini Miri yang berkesudahan seria (2-2).


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak