Senarai penuh calon GPS diumum 4 Disember

MIRI: Senarai penuh nama calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) akan diumumkan pada 4 Disember nanti.

Presidennya Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengumuman itu akan dibuat dua hari sebelum hari penamaan calon yang ditetapkan pada 6 Disember.

Ujarnya, GPS sudah menjangkakan tarikh penamaan dan pengundian yang akan diadakan sebelum sambutan perayaan Krismas.

“Kita sememangnya sudah bersedia dan jangkakan tarikh tersebut. Bagi pihak GPS, semuanya sudah tersedia,” katanya kepada media selepas merasmikan pelancaran sekolah baharu Sri Mawar di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan hari penamaan calon bagi PRN Sarawak ke-12 adalah pada 6 Disember, manakala pengundian awal ditetapkan pada 14 Disember.

Pada masa yang sama, rakyat negeri ini akan keluar mengundi pada 18 Disember.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak