Abdul Karim: GPS calonkan tidak kurang 20 peratus muka baharu dan muda

SEMATAN: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyenaraikan tidak kurang daripada 20 peratus calon muka baharu pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12).

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau belum melihat daripada perspektif peratusan belia menjadi calon tetapi jumlah tersebut merupakan muka baharu berusia lingkungan 30-an.

“Saya percaya tidak kurang daripada 20 peratus muka-muka baharu sama ada daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan dicalonkan.

“Tetapi daripada jumlah tersebut, akan ada calon yang boleh dikatakan agak muda iaitu lingkungan usia 30-an,” katanya pada sidang media selepas Program Belia Kasih Komuniti@Tanjung Datu 2021 di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun ujarnya, keputusan dan pengumuman berkenaan perkara tersebut akan diumumkan oleh Presiden PBB dan juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak